DJI lancar dron kecil tapi padu


JIKA
anda pengemar gajet videografi, anda sudah tentu kenal dengan jenama dron awam terkemuka, DJI.

Baru-baru ini, DJI melancarkan produk terbahru mereka yang hanya mempunyai berat 249 gram sahaja. Ia diberi nama DJI Mavic Mini.

Menurut Pengarah Komunikasi dan Pemasaran Global DJI Kevin, produk terbahru ini direka khusus untuk mereka yang gemar melakukan penggambaran di luar tanpa perlu membawa pelbagai peralatan yang berat.

Lebih menarik dron ini juga amat mudah untuk diterbangkan bagi individu pertama kali menggunakannya kerana ia dilengkapi dengan tatacara penerbangan, tips serta beberapa panduan mudah.

"Mavic Mini adalah satu manifestasi teknologi terkini kerana ia bukan saja ringan malah turut dilengkapi ciri khusus bagi menjamin keselamatan ketika penerbangan.

"Dron ini dilengkapi dengan kamera 2.7K tiga penjuru tuas imbangan (gimbal) supaya memberikan kestabilan video ketika rakaman dilaksanakan.

Dijual pada harga biasa RM1,599
"Mavic Mini ini juga berkeupayaan untuk penerbangan selamat 30 minit dan mampu untuk menghantar suapan video dalam definisi tinggi pada jarak empat kilometer (km)," katanya ketika pelancaran DJI Mavic Mini minggu lalu.

Difahamkan, DJI Mavic Mini ini bakal memasuki pasaran tempatan bermula bulan depan.

Pakej biasa untuk DJI Mavic Mini dijual pada harga RM1,599 dan ini termasuk alat kawalan, satu pek bateri, kipas gantian dan beberapa peralatan lain.

Untuk pakej kombo pula, ia dijual pada harga RM1,999 dan didatangkn dengan semua peralatan pakej biasa serta turut dilengkapi dengan sangkar kipar 360 darjah, alat pengecas dua hala, dua pek bateri tambahan, tiga set kipas gantian dan beg.

Harga tersebut boleh dianggap sebagai munasabah berbanding reputasi cemerlangnya.

Post a Comment

0 Comments