HUJAN sejak lebih tiga hari lalu mengakibatkan hampir keseluruhan negeri Johor kini dilanda banjir.
Sehingga pagi tadi, sembilan daripada 10 daerah di negeri itu telah dinaiki air, dengan bilangan mangsa kini mencecah 10,000 orang.
Sekretariat Pengurusan Bencana negeri memaklumkan, sebanyak 93 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di daerah Mersing, Kota Tinggi, Kluang, Johor Bahru, Kulai, Pontian, Batu Pahat, Segamat dan Muar dibuka setakat jam 8 pagi tadi.
Daerah Kluang mencatatkan PPS terbanyak iaitu 28 diikuti Segamat (23), Kota Tinggi (18), Mersing (10), Johor Bahru (lima), Pontian (tiga), Batu Pahat (tiga), Kulai (dua) dan satu PPS di Muar.
Manakala tiga laluan dinegeri itu tidak dapat dilalui.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) masih mengekalkan amaran cuaca bahaya (merah) bagi daerah Mersing dan Kota Tinggi pada hari ini,
Manakala cuaca buruk (jingga) bagi daerah Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Pontian, manakala amaran cuaca waspada (kuning) bagi Tangkak.
0 Comments