287 kes baru, M'sia catat angka terburuk


MALAYSIA
merekodkan 287 kes baharu positif Covid-19 setakat jam 12 tengah hari tadi, sekali gus merupakan angka tertinggi jangkitan harian pernah dicatatkan di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semua kes baru yang dikesan itu tersebut merupakan penularan tempatan.

“Daripada 287 kes hari ini, sebanyak 20 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah.

"Jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 139 kes

Sehubungan itu, jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia setakat kini adalah sebanyak 11,771 kes.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,540 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya.

Sementara itu, ketika mengulas pecahan kes terbaharu itu, Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa Kedah mencatatkan jangkitan baru tertinggi hari ini dengan 129 kes, diikuti Sabah sebanyak 113 kes, Selangor (31 kes).

Terengganu dan Perak masing-masing mencatatkan tiga kes, manakala Kelantan dan Negeri Sembilan, masing-masing mencatatkan 2 kes

Pahang, Kuala Lumpur, Johor dan Labuan pula merekod satu kes. Dr Noor Hisham turut memaklumkan dua kluster baru dikesan di Selangor.

M'sia mencatat kes harian tertinggi
"Trend peningkatan inilah yang Kementerian Kesihatan (KKM) khuatiri dan diperingatkan hampir setiap hari kepada semua pihak.

"Kes Covid-19 di dunia pada masa kini mencecah sekitar 34.2 juta kes dan jumlah kes harian menunjukkan kenaikan iaitu sekitar 309,000 kes berbanding sebelumnya kira-kira 302,000 kes," katanya pada sidang media di Putrajaya petang ini.

Buat masa ini menurut Dr Noor Hisham lagi seramai 22 pesakit sedang mendapat mendapat rawatan di ICU, dengan empat pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Tiada kematian dilaporkan hari ini, jumlah korban masih kekal 136 kes.


Post a Comment

0 Comments