Semua termasuk ahli politik tak wajar risikokan orang lain


SEMUA individu yang baru pulang dari Sabah digesa agar mengasingkan diri mereka selama 14 hari.

Ia nasihat dari Ketua Kluster Perubatan Dan Kesihatan, Akademi Profesor Malaysia, Prof Dr Adlina Suleiman yang khuatir melihat masih ramai rakyat masih memandang remeh terhadap pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) kesihatan.

Dipetik laporan Awani, Dr Adlina berkata, tiada siapa termasuk ahli politik boleh membuat tindakan yang mungkin akan mengancam nyawa orang lain.

“Tidak kira ahli politik atau sesiapapun, seeloknya jangan keluar daripada rumah selama 14 hari dan kita sendiri kita buat SOP dan asingkan diri di rumah.

“Ini bukan sahaja untuk kepentingan diri sendiri, tetapi demi keselamatan keluarga dan orang lain," katanya.

Jelas beliau, ketika ini masih sukar difahami bagaimana cara lain bagaimana pendemik Covid-19 boleh menular, dan apakah kesannya kepada badan.

Malah jelasnya ramai yang menyalahanggap bahawa mereka tidak akan terkesan teruk sekiranya dijangkiti wabak tersebut.

“Ramai yang menganggap bahawa jika mereka muda dan mereka kena (dijangkiti COVID-19), ia dianggap tidak teruk.

“Tetapi kita tidak tahu, apakah dalam jangka masa panjang, sama ada infeksi itu akan menyebabkan organ -organ lain kita terlibat. Itu kita tidak tahu,” kata Dr Adlina.

Dr  Adlina saran kuarantin 14 hari


Sementara itu tambahnya, sekiranya golongan baru pulang dari Sabah itu mempunyai golongan berisiko di rumah ketika mereka melakukan kuarantin, mereka perlu mengurangkan hubungan rapat dengan golongan tersebut bagi melindungi mereka.


“Sekiranya ada ahli keluarga yang lebih berumur atau golongan kanak-kanak di rumah, cuba untuk elakkan diri daripada mengadakan kontak rapat dengan mereka,” tegas beliau dipetik laporan tersebut.

 

Post a Comment

0 Comments