SEORANG pemimpin pemuda Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) membidas saranan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki yang menggesa Datuk Seri Anwar menangguhkan hasrat mengambil alih kerajaan persekutuan berikutan penularan wabak Covid-19 yang kembali meningkat baru-baru ini.
S Thiban, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) parti itu berkata, sebaliknya Asyraf wajar menasihati perdana menteri, Muhyiddin Yassin agar meletakkan jawatannya susulan telah kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen.
"Jika kita meneliti kenyataan saudara Asyraf bukan sahaja membuktikan Muhyiddin hilang sokongan majoriti ahli parlimen malah turut mengakui bahawa Anwar mempunyai sokongan majoriti. Ini ditambah pula dengan kenyataan Presiden Umno (Ahmad Zahid Hamidi) mengesahkan ramai ahli parlimen Umno kini menyokong Anwar.
"Pelik, Asyraf meminta Anwar untuk menangguhkan hasratnya tetapi tidak berani minta Muhyiddin untuk letak jawatan.
"Jika, Muhyiddin jujur dan letak jawatan ia mampu mengelakkan pembubaran parlimen," katanya dipetik.
![]() |
Thiban kritik Asyraf Wajdi |
Istana Negara mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar diperkenankan mengadap Yang di-Pertuan Agong pada 22 September tetapi dibatalkan setelah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dimasukkan ke hospital.
Pemimpin pembangkang itu kemudian berkata beliau telah menyerahkan senarai ahli parlimen yang menyokongnya ke istana dan akan mendedahkan lebih banyak lagi selepas diperkenankan mengadap baginda.
Sementara itu, Thiban mempersoalkan bagaimana kerajaan PN mahu membentangkan bajet susulan Muhyiddin sekiranya Muhyiddin tidak lagi mempunyai sokongan ahli di Dewan Negara.
"Saya nak tanya Asyraf, bagaimana jika Muhyiddin nak bentang Bajet 2021 tapi tiada sokongan? Masih nak tangguh juga kerajaan baru? soalnya.
0 Comments