SEORANG pemimpin muda KEADILAN menepis tuduhan Tun Dr Mahathir Mohammad yang mendakwa Anwar Ibrahim enggan bertemu dengannya selepas bebas dari penjara.
Najwan Halimi yang juga merupakan ADUN Kota Anggerik dipetik laporan FMT berkata, Presiden KEADILAN itu sebelum ini sering mengulangi komitmennya kepada Mahathir setiap kali selepas mengadakan pertemuan “rasmi atau tidak rasmi” ketika Mahathir sebagai perdana menteri.
Jesteru tegasnya, kenyataan dibuat Mahathir yang berkata beliau tidak nampak manfaat melantik Anwar ke jemaah menterinya sebelum ini kerana Anwar “kritikal” terhadapnya dilihat hanya bertujuan memburukkan nama Anwar.
“Tidak timbul isu Anwar tidak memperdulikan Mahathir seperti yang didakwa selepas dibebaskan,” kata Najwan.
“Bahkan, setiap kali ditanya pihak media tentang peralihan kuasa, Anwar tegas menyatakan komitmen menyokong dan meminta Mahathir diberikan ruang sewajarnya untuk mentadbir.
![]() |
Najwan bidas Mahathir |
Najwan sebelum ini memuatnaik gambar pertemuan Mahathir dan Anwar yang dikatakan pada 5 Jun 2018 di kediaman bekas perdana menteri itu di laman twitternya.
Turut kelihatan isteri masing-masing, Siti Hasmah Mohamad Ali dan Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Sebelum ini, seorang Senator dari KEADILAN menyatakan pandangan bahawa Dr Mahathir tidak ikhlas menjalin kerjasama dengan Anwar semasa usaha menjatuhkan kerajaan UmnoBN.
Sehubungan itu, Yusmadi Yusoff menasihatkan Mahathir berhenti dari terus dengan politik kepartian dan perlu belajar untuk menjadi negarawan seperti bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie.
0 Comments