JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi angka 8 juta kes berdasarkan data setakat 8.30 pagi tadi.
Menurut data terbaharu dari Johns Hopkins University, jumlah kes positif global pada Isnin meningkat lebih 160,000 ribu kes berbanding 7.84 juta pada hari sebelumnya.
Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan lebih 2.1 juta.
Manakala jumlah positif COVID-19 di Brazil pula terus menunjukkan trend peningkatan dengan jumlah kumulatif meningkat kepada 888,000 diikuti Rusia pula ketiga tertinggi dengan 536,000 kes.
Di Asia selatan, India menjadi negara tertinggi mencatatkan kes Covid-19 dengan bilangan lebih 332,000 kes dan sekaligus menjadi negara ke-4 mencatatkan kes tertinggi dibelakang Rusia.
Pakistan pula mencatatkan lebih 100,00 kes.
Sementara itu, Statistik dari Johns Hopkins University juga menunjukkan angka kematian global akibat wabak itu terus meningkat dengan jumlah kumulatif kematian setakat pagi ini mencecah 436,306 kes.
Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 116,135 kes.
Manakala United Kingdom dan Brazil masing-masing merekodkan angka korban sebanyak 41,000 dan 43,000 kes.
Itali setakat kini mencatatkan kematian melebihi 34,000 kes. Perancis dan Spanyol mencatatkan kes dibawah 30 ribu kes manakala negara lain mencatatkan jumlah kematian dibawah 20 ribu orang.
0 Comments