ORGANISASI media, terutama media cetak Malaysia kini berdepan masalah cukup serius.
Seolah-olah pihak pengurusan tidak lagi mampu meneruskan operasi mereka. Dengan begitu banyak organisasi media dikhabarkan akan gulung tikar, timbul tanda tanya, apakah mereka tiada upaya mempertahankan industri itu dan hanya tunggu hari mati.
Sebelum ini rakyat dikejutkan dengan penamatan operasi Utusan Melayu Berhad (Utusan), penamatan operasi yang diluluskan lembaga pengarahnya susulan cadangan penggulungan sukarela pemiutang. Akibatnya bukan sedikit bekas pekerja hilang mata pencarian.

Kerjaya dalam bidang media terutama media cetak yang dulu sangat dihormati bukan lagi tempat selamat untuk 'cari makan'.
Kini selepas Utusan, New Straits Times Press (NSTP) pula dilapor akan mengumumkan penstruturan kembali syarikat itu.
Kini selepas Utusan, New Straits Times Press (NSTP) pula dilapor akan mengumumkan penstruturan kembali syarikat itu.
Ratusan lagi pekerja dalam industri ini bakal hilang sumber pendapatan dan hala tuju.
Berdasarkan laporan FMT, bermula 12 Mac depan 543 pekerja syarikat itu akan 'tersingkir' gara-gara rancangan pengurangan tenaga kerja yang dilaksanakan syarikat induknya, Media Prima Bhd.
Pengerusi Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) NSTP, Farah Marshita Abdul Patah yang dipetik laporan itu berkata, mereka yang terjejas termasuk pekerja daripada akhbar New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro.
14 biro sedia ada di seluruh negara akan dikurangkan kepada 6, akan hanya ada 2 wartawan di setiap biro.
Tambah laporan itu lagi, ratusan pekerja meliputi pelbagai peringkat tiada pilihan untuk merayu apabila surat menamatkan perkhidmatan diberikan kepada mereka.
Apa yang berlaku sangat membimbangkan, Mungkin sudah tiba masanya pengurusan peringkat tertinggi bangun dari kerusi selesa dan melakukan sesuatu bagi memastikan industri ini tidak terus 'lingkup'
0 Comments