Anwar bentang RUU untuk bayar emolumen penjawat awam


MENTERI KEWANGAN
, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Rang undang-undang berkenaan itu dibentangkan Anwar di hadapan Speaker Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul.

Menurut Setiausaha Dewan Rakyat Dr Nizam Mydin Bacha Mydin, rang undang-undang itu adalah bagi membenarkan perbelanjaan untuk sebahagian daripada tahun yang berakhir pada 31 Dis 2023.

Sidang Dewan Rakyat itu diadakan antaranya bagi membentang dan meluluskan peruntukan khas atau bajet mini bagi tujuan membayar emolumen penjawat awam mulai Januari.

"Kelulusan emolumen itu jelasnya penting bagi memastikan tiada kebimbangan dalam kalangan penjawat awam berhubung gaji, berikutan Bajet 2023 masih belum diluluskan.

Bacaan kali kedua akan dibacakan esok
"Untuk bajet, kita perlu luluskan emolumen terlebih dahulu pada 19 Disember, supaya penjawat awam kita tidak bimbang," kata Anwar dalam satu sidang media pad 24 November lalu.  

Difahamkan, Anwar akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang bermula hari ini sehingga esok.

 

Post a Comment

0 Comments