Anwar lulus undi percaya, keabsahan sebagai PM terbukti


KEABSAHAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibuktikan apabila usul undi percaya terhadapnya diluluskan secara sebulat suara di Dewan Rakyat pada Isnin.

Keputusan itu dicapai melalui undian suara setelah usul dibawakan Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof dibahaskan 12 Ahli Parlimen dari blok kerajaan dan pembangkang.

Hamzah Zainudin (PN-Larut) yang juga ketua pembangkang membuka tirai perbahasan usul berkenaan.

Ahli Parlimen lain yang turut berbahas adalah Lim Guan Eng (HARAPAN-Bagan), Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu), Ronald Kiandee (PN-Beluran), Johari Ghani (BN-Titiwangsa), Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas), Rafizi Ramli (HARAPAN-Pandan), Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor), Jeffrey Kitingan (GRS-Keningau), Shahidan Kassim (PN-Arau), Dzulkefly Ahmad (HARAPAN-Kuala Selangor), dan Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan).

Lim Guan Eng pada perbahasan itu berkata berdasarkan prosedur parlimen. usul percaya sebenarnya tidak perlu dibahas.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu dibenarkan memandangkan kerajaan sedia ada mengamalkan demokrasi.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Johari Ghani pula menegaskan Usul percaya terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim adalah penting bagi memastikan kerajaan berkhidmat sepenuh penggal dan diberi peluang untuk memartabatkan ekonomi negara.

Keabsahan Anwar tak lagi boleh dipersoal


Langkah itu juga jelasnya dapat menambah keyakinan pelabur terhadap kestabilan politik negara sekaligus menarik pelaburan langsung asing (FDI) yang lebih besar.


Berdasarkan sokongan mengikut parti, jumlah Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan perpaduan pimpinan Anwar sekarang ialah seramai 148 orang.

Dengan keputusan itu, Anwar kekal mengetuai kerajaan perpaduan yang dibentuk antara Pakatan Harapan (HARAPAN), Barisan Nasional (BN) dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.

Post a Comment

0 Comments