Andrea Iannone digantung sementara dari MotoGP


PENUNGGANG 
MotoGP Itali, Andrea Iannone digantung sementara selepas didapati positif bahan terlarang.

Perkara itu diumumkan umum badan induk sukan permotoran FIM, pada Selasa.

Dikatakan sampel air kencing penunggang Aprilia itu ketika Grand Prix Malaysia pada 3 November lalu menunjukkan “penemuan bahan tidak jelas di bawah Section 1.1.a) Exogenous Anabolic Androgenic Steroids.”

Susulan pengantungan itu, masa depan Iannone dalam sukan lumba berprestij itu berada dalam kedudukan tidak menentu.

Iannone yang menyertai pasukan berkenaan musim lalu, bergelut untuk menyamai catatan rakan sepasukan, Aleix Espargaro pada sebahagian besar musim 2019.

Dengan pencapiaan terbaik tempat keenam di Grand Prix Australia di Phillip Island, kontraknya bersama pasukan Aprilia akan tamat pada musim 2020.

Bagaimanapun difahamkan, Iannone boleh memohon untuk analisis sampel B dan dia boleh hadir memantau ujian ketika siasatan.