PIHAK berkuasa agama di negeri Perak digesa agar tindakan tegas diambil ke atas penceramah dan parti politik yang menyalah guna masjid bagi tujuan kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK)
Pengerusi Amanah negeri, Datuk Asmuni Awi berkata begitu sebagai merujuk tindakan seorang penceramah pro-PAS, Abudllah Khairi yang secara terbuka mengaku menggunakan masjid sebagai tempat menyebarkan kempen politik untuk memenangkan calon BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim.
Tambah bekas bekas exco jawatankuasa agama dan pendidikan Islam negeri itu lagi tindakan memperguna masjid dan surau bagi tujuan politik di negeri itu tidak sepatutnya berlaku.
Ia jelasnya kerana Sultan Perak, Sultan Sultan Nazrin Muizzuddin telah menitahkan larangan itu dan memanggil semua pemimpin politik diberikan peringatan tegas mengenainnya.
"Ia satu perkara yang amat dikesali dan jelas melanggar peringatan yang berulang kali disebut oleh baginda Sultan.
"Jadi kita mintalah jentera pilihan raya untuk membuat laporan rasmi kepada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) supaya tindakan tegas diambil sama ada kepada jawatankuasa masjid, penceramah atau parti politik yang membenarkan kejadian ini berlaku.
"Kita nak pastikan perkara ini tidak berulang," katanya.
Asmuni turut memberi alasan bahawa tindakan dan penguatkuasaan yang tegas perlu dikenakan kerana pelakuan menyalahguna masjid untuk politik telah mencemar nama baik institusi agama.
Semalam, Pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menyuarakan rasa kecewa dengan tindakan berpolitik di dalam maskid.
Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin mengingatkan kembali jawatankuasa masjid dan surau agar peka mengenai perkara itu dan mesti memastikan rumah ibadah itu tidak dipergunakan orang politik
BACA: JAIPk bangkit titah Sultan lepas ustaz PAS politik dalam masjid
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, mendakwa dia tidak tahu-menahu ada anggota parti itu mengingkari titah Sultan dengan mengadakan ceramah politik di masjid dan surau negeri itu.
0 Comments