Mat Sabu dijangka umum harga telur lebih murah hari ini


MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu dijangka akan mengumumkan harga telur ayam yang lebih murah hari ini.

Ia susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar semalam yang berkata beliau telah berbincang dengan Mohamad Sabu mengenai hal itu sekaligus mengarahkan beberapa langkah diambil terhadap isu bekalan telur yang dihadapi negara.
 
Is ketiadaan telur sering dibangkitkan banyak pihak sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lalu apabila banyak kedai runcit dan pasar raya melaporkan kehabisan bekalan secara tiba-tiba.

Ketiadaan stok itu yang disusuli harga telur yang meningkat susulan permintaan mencetuskan keresahan kepada rakyat, selain merencatkan pertumbuhan ekonomi kerana banyak kegiatan perniagaan memerlukan bahan mentah itu.

Sebahagian peniaga telur mendakwa, kejatuhan matawang telah menyebabkan harga makanan haiwan ternakan itu meningkat yang kemudian mendorong pengeluar menghentikan operasi penternakan mereka.

Mohammad dalam kenyataan semalam berkata isu bekalan barangan keperluan terutama telur dan ayam serta harga munasabah menjadi fokus utama kementeriannya pada peringkat awal ini.

Beliau kemudian akan mendapatkan gambaran situasi sebenar melalui taklimat agar dapat merangka dan mencari kaedah terbaik dalam soal keterjaminan bekalan makanan secara keseluruhannya.

"Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan adalah lapangan baharu kerana sebelum ini saya  menjadi Menteri Pertahanan yang lebih banyak bercakap soal keselamatan, namun kini ia terkait soal kehidupan harian dan keterjaminan makanan rakyat.

“Saya akan lihat mengenai harga makanan, terutama telur kerana golongan miskin sehingga atasan membeli telur di samping isu ikan dan ayam,” katanya.

Rakyat lega jika harga barang murah
Mohammad Sabu memulakan tugasnya secara rasmi semalam selepas sesi mengimbas kad perakam waktu di Wisma Tani, Putrajaya.

Kehadiran Presiden Parti Amanah itu disambut Ketua Setiausaha, Datuk Haslina Abdul Hamid bersama-sama dengan barisan kepimpinan tertinggi Kementerian serta Ketua-ketua Pengarah, Pegawai-pegawai Kanan Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian.
 

Post a Comment

0 Comments