PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor telah memfaikan saman fitnah terhadap Ketua PAS Perak, Razman Zakaria.
Ia susulan tuduhan dibuat Razman pada kempen pilihan raya lalu bahawa kononnya Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu mempromosikan agenda LGBT, membenarkan perkahwinan sejenis, dan menyokong agenda komunis.
Saman difailkan di Mahkamah Tinggi Taiping itu menyusul surat tuntutan maaf secara terbuka, ganti rugi RM5 juta dan jaminan bertulis bahawa dakwaan berkenaan tidak akan diulangi yang dihantar Anwar melalui peguamnya baru-baru ini.
Razman sebelum ini tidak mahu menuntut maaf, dia memberi alasan mahu mempertahankan tuduhan itu demi menjaga akidah ummah dan kelangsungan Islam.
![]() |
Tuduhan Razman terhadap Anwar keterlaluan |
Hantaran Razman di Facebook itu telah menarik lebih 43,500 tontonan, 1,000 komen, 3,100 reaksi dan 256 perkongsian pada masa surat tuntutan itu dihantar, kata peguam berkenaan.
0 Comments