PIHAK Berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa menyiasat Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyataan yang dipercayai ada kaitan dengan politik wang.
Menteri Komunikasi Digital, Fahmi Fadzil berkata, kenyataan Muhammad Sanusi dalam ceramahnya di Parlimen Padang Serai baru-baru ini seolah-olah memberi bayangan pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diberi ganjaran atas undi mereka.
"(Ia dalam bentuk) duit ya, RM50 atau RM100 dan sebagainya, sama ada ia cuba diselindungi sebagai dana untuk balik (mengundi) tapi ia berulang dalam konteks Pilihan Raya Kecil (PRK) Padang Serai.
"Saya percaya kenyataan beliau ini sangat bahaya, wajar disiasat oleh PDRM dan SPR kerana yang saya risaukan adalah politik wang, semakin menjadi-jadi dan seolah-oleh dihalalkan dengan terma atau takrif.
![]() |
Apakah berlaku sogokan pilihan raya? |
Ketika berucap pada Ceramah Jelajah Perikatan Nasional (PN) Padang Serai, malam kelmarin, Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah menyatakan rasa kecewa dengan sikap segelintir penyokong parti itu yang menuntut balasan kerana pulang mengundi.
0 Comments