PERDANA MENTERI, Anwar Ibrahim mengumumkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan dikurangkan kepada lapan kali berbanding 22 kali setahun yang diluluskan sebelum ini.
Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri pertamanya, beliau berkata, keputusan drastik itu diambil walaupun baru sehari beliau menerajui Kementerian Kewangan.
“Satu hari saya jadi menteri kewangan, saya boleh mengambil keputusan untuk membatalkan keputusan awal tahun ini mengenai cabutan khas perjudian yang dilakukan ketika Jemaah Menteri yang disertai PAS dan Bersatu untuk meningkatkan cabutan daripada lapan ke 22 kali.
“Pada hari ini, saya arahkan ia dikekalkan pada tahap lama, iaitu lapan kali,” katanya.
Arahan itu bakal berkuatkuasa bermula 1 Jan depan.
Tegas Anwar lagi, kerajaan pimpinannya tidak ada kecenderungan mengutip dana haram hasil dari cukai dari syarikat judi.
![]() |
Anwar tegas turunkan kadar cabutan khas judi |
"Berkenaan judi, pastinya sebahagiannya digunakan untuk mendanai pilihan raya. (Saya telah minta) semakan terhadap perkara itu.
"Walaupun anda gelar diri anda parti Melayu atau parti Islam, dana (pilihan raya) datang dari syarikat judi," katanya.
Sebelum ini, sejumlah pihak sebelum ini mempersoalkan sumber dana kempen PN yang dilihat mereka di luar kemampuan gabungan itu.