PAKATAN HARAPAN (PH) seperti dijangka mempertahankan kerusi Parlimen Pulai selepas calonnya, Suhaizan Kayat menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung hari ini.
Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu memperoleh sebanyak 48,283 undi, sekali gus menewaskan pencabar terdekatnya, Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN) yang sekadar memperoleh 29,642 undi.
Keputusan tersebut diumumkan oleh Ketua Pengurus Pilihan Raya Parlimen Pulai, Miswan Yunus di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim sebenatar tadi.
Kemenangan itu bukan sahaja membolehkan Suhaizan menang selesa dengan majoriti undi 18,641 malah sekaligus membuktikan gelombang PN seperti yang digembar-gemburkan tidak diterima rakyat Johor.
PRK ini juga menyaksikan calon Bebas Samsudin Mohamad Fauzi sekadar memperoleh 528 undi, sekali gus hilang deposit.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan peratusan keluar mengundi bagi Parlimen Pulai yang direkodkan adalah 47,33 peratus undi.
Terdahulu, seroang lagi calon mewakili Kerajaan Perpaduan bagi PRK DUN Simpang Jeram Nazri Abdul Rahmah menang bergaya dengan majoriti 3,514 selepas meraih 13,844 undi menewaskan calon PN Mohd Mazri Yahya yang meraih 10,330 undi dan calon Bebas S.Jeganathan hanya mendapat 331 undi.
0 Comments