POLIS mahu mencadangkan agar bon (sekatan) mahkamah dikenakan terhadap Lokman Noor Adam supaya dihalang mengeluarkan kenyataan di media sosial.
Ia susulan beberapa kenyataan dibuat Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu dianggap boleh merosakkan keharmonian negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pandangan agar sekatan itu akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya. Ia jelasnya perlu selepas 17 laporan diterima seingga kini yang mengaitkan Lokman atas pelbagai dakwaan.
“Terdapat tujuh laporan di bawah Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman selain 10 laporan di bawah polis kontinjen yang berkait dengan dirinya atas kesalahan antaranya mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan di media sosial dan perhimpunan aman disertainya,” katanya dalam satu sidang media di Bukit Aman.
Difahamkan, jika mahkamah membenarkan sekatan itu, Lokman akan dikenakan syarat -syarat tambahan antaranya perlu hadir melapor diri di balai polis terdekat sekiranya melakukan kesalahan berulang
Dibawah seksyen 67 pula dia ditegah melakukan pecah keamanan selama tempoh yang tidak dibenarkan mahkamah.
Sementara itu tambah Huzir, polis turut membuka kertas siasatan berhubung satu kenyataan menghasut terbaharu didakwa dilakukan individu itu menerusi halaman Facebooknya yang meminta supaya Parlimen dibubarkan baru-baru ini.
0 Comments