Calon wakili kerajaan, Nazri menang di Simpang Jeram

PENGUNDI di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram membuat keputusan untuk terus memberi kepercayaan kepada calon Pakatan Harapan (PH) untuk terus mewakili mereka.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang dilangsungkan hari ini, calon mewakili Kerajaan Perpaduan, Nazri Abdul Rahmah menang bergaya dengan majoriti 3,514 selepas meraih 13,844 undi menewaskan calon PN Mohd Mazri Yahya yang meraih 10,330 undi dan calon Bebas S.Jeganathan hanya mendapat 331 undi.

Kemenangan Nazri itu sekali gus melenyapkan stigma kononnya gelombang Perikatan Nasional (PN) telah merebak ke negeri Johor.

Pengumuman rasmi itu dibuat, Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Simpang Jeram, Jamil Hasni Abdullah.

Sementara itu bagi PRK Parlimen Pulai,keputusan tidak rasmi menyaksikan seorang lagi calon PH menguasai jumah kutipan undi.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, setakat jam 8.11 malam, Suhaizan Kayat yang merupakan bekas Speaker DUN Johor memperoleh 36,703 undi menewaskan penyabar terdekat Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti lebih 12,000 undi.

Post a Comment

0 Comments