Seorang ahli parlimen S'wak kena tahan di hospital


SEORANG
Ahli Parlimen Sarawak dilapor telah dimasukkan ke Hospital ke Hospital Sibu dipercayai terkait koronavirus.

Bagaimanapun, Wong Ling Biu dikategorikan sebagai  sebagai pesakit dalam siasatan (PUI) bagi Covid-19.

Pengarah Kesihatan Sarawak Dr Chin Zin Hing yang dipetikkan laporan sebuah portal mengesahkan laporan bahawa Ahli Parlimen Sarikei itu dimasukkan ke hospital.

Sementara itu, Wong turut dilapor menghadiri beberapa mesyuarat politik di Kuala Lumpur dari 29 Feb hingga minggu lepas susulan kemelut politik yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan  (HARAPAN)tumbang.

Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling Chai Yew pula dalam laporan portal serupa berkata “Beliau (Wong) ditahan di hospital bukan kerana Covid-19, sebaliknya radang paru-paru.”

Post a Comment

0 Comments