SEORANG jurucakap kementerian luar negeri China mendakwa tentera Amerika Syarikat (AS) mungkin telah membawa virus pembunuh koronavirus ke bandar Wuhan sehingga mencetuskan wabak.
Memetik laporan sebuah portal, Zhao Lijian berkata bergitu melalui muat naik di laman twitter bagi membalas dakwaan pegawai-pegawai AS yang menuduh negaranya lambat bertindak balas dan tidak telus terhadap penularan virus itu.
"Mana pesakit pertama yang mula dijangkiti di AS? Berapa ramai orang yang dijangkiti? Apakah nama-nama hospital?
"Mungkin tentera AS yang membawa wabak itu ke Wuhan. Mohon telus! Pastikan data anda diumumkan! AS, kamu perlu beri kami penjelasan!” tulis Zhao.
![]() |
Tangkapan layar twitter Lijian Zhao |
Pada Rabu, Penasihat Keselamatan Negara AS Robert O'Brien mengkritik ketidaksediaan China telah merugikan tempoh dua bulan untuk membendung virus berkenaan daripada merebak.
Pada pagi Khamis, satu lagi jurucakap China yang senada dengan Zhao iaitu Geng Shuang, mengkritik pegawai AS “tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab” kerana menyalahkan China kerana lambat bertindak terhadap penularan virus sehingga menyebabkan ia menjadi pandemik.
“Kami berharap agar pegawai-pegawai AS lebih menumpukan perhatian dan memberi respon terhadap virus serta memberi kerjasama bagi menangani wabak ini, bukannya sewenang-wenangnya menyalahkan China.
0 Comments