PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas dakwaan pemimpin Pas yang cuba mengaitkan kejatuhan nilai ringgit disebabkan ketiadaan Menteri Kewangan sepenuh masa.
Sebaliknya tegas Anwar, kejatuhan nilai matawang termasuk ringgit disebabkan pelbagai faktor antaranya, dasar Amerika Syarikat (AS) yang mempengaruhi kedudukan mata wang negara.
Senario tersebut kata Anwar tiada kena mengena dengan negara yang tidak mempunyai Menteri Kewangan sepenuh masa.
“Orang yang cadang itu kena baca laporan ekonomi dan kewangan sebagai memahami dasar dan kekangan situasi ekonomi antarabangsa yang wujud.
“Lebih baik jangan baca laporan Pas itu,” katanya pada satu program di Putrajaya semalam.
Beliau sebelumnya mengulas tulisan Penolong Setiausaha Agung Pas Pusat, Mohd. Syahir Sulaiman yang disiarkan di portal milik parti itu.
Untuk rekod, Bank Negara Malaysia (BNM) melalui stu kenyataan minggu lalu menegaskan kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini bukan sesuatu yang unik.
Menurut bank pusat itu perkembangan semasa dalam pasaran kewangan global menjejaskan sentimen pasaran termasuk nilai matawang negara lain.
“Keadaan ini termasuk had tertinggi hutang AS yang belum dapat diselesaikan serta episod tekanan sektor perbankan di AS dan Eropah.
“Hal ini telah menyebabkan meningkatnya permintaan terhadap aset selamat seperti dolar AS dan aliran keluar daripada kebanyakan ekonomi sedang pesat membangun apabila pelabur melindungi pelaburan mereka. Berlatarkan keadaan ini, dolar AS telah mengukuh berbanding dengan kebanyakan mata wang.” kata kenyataan itu.
BNM dalam kenyataan sama turut menyatakan keyakinan bahawa mata wang tempatan akan bertambah baik apabila ketidaktentuan pasaran global kembali reda.
Dalam perkembangan sama, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli pada Rabu berkata, tidak wajar untuk pembangkang menuding jari terhadap kerajaan semata-mata kerana ekonomi negara akan kembali pulih selepas kemelut global itu berakhir.
“Ada perkara di luar kawalan kerajaan dan ada juga di bawah kawalan kita dalam menguruskan ekonomi.
"Maka sebab itu apabila anda lihat prestasi ringgit dari Disember hingga Januari, ia mengukuh kepada RM4.20 berbanding dolar AS kerana terdapat kestabilan politik dan ekonomi. Selebihnya, itu di luar kawalan kami,” katanya sambil menggesa rakyat menumpukan kepada perspektif jangka panjang ekonomi kerana ia sebenarnya akan jadi penentu asas pertumbuhan negara.

![]() |
Fahami faktor kejatuhan nilai ringgit |

0 Comments