SATU sistem yang membolehkan dana awam dimohon secara terus dari Kementerian Ekonomi dijangka beroperasi menjelang minggu ketiga Jun
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, dana disediakan itu hanya melibatkan projek berskala kecil seperti menangani longkang tersumbat di kawasan perumahan.
“Kami sedang merancang, selepas ini, peruntukan bagi projek awam boleh dipohon secara terus kepada Kementerian Ekonomi oleh sesiapa sahaja di Malaysia. Pejabat Daerah dan jabatan negeri juga boleh memohon secara terus dengan kita.
“Jadi, tak perlu lagi lapisan-lapisan semua ini. Langkah ini situasi menang-menang kepada semua,” katanya dipetik laporan.
Mengulas lanjut mengenai sistem yang dirancang itu, Rafiz menjelaskan ketika ini hanya wakil rakyat, pegawai daerah, dan pihak berkuasa tempatan sahaja boleh memohon peruntukan daripada kerajaan. Permohonan itu diuruskan unit perancang ekonomi (EPU), yang dikawal selia Jabatan Perdana Menteri.
![]() |
Langkah terbaharu kurangkan karenah birokrasi |
Ahli Parlimen Pandan itu juga menjelaskan, kementeriannya kini diberi dipertanggungjawabkan melakukan perancangan ekonomi jangka panjang, yang sebelum ini diuruskan EPU.