Selangor agih 10,00 kupon PLATS kepada pengunjung bazar


KERAJAAN
Negeri Selangor mengedarkan 10,000 kupon Platform Selangor (PLATS) Rahmah diedarkan kepada pengunjung di lima bazar Ramadan terpilih di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sejumlah RM50,000 telah diperuntukkan kerajaan negeri melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI untuk agihan kupon percuma bernilai RM5 setiap satu bagi membantu peniaga mempromosi produk jualan masing-masing.

Menurutnya, kupon berkenaan mula diedar pada 5 hingga 18 April melibatkan bazar Ramadan Seksyen 7, Shah Alam; USJ4, Subang Jaya; Cyberjaya Park, Sepang; Taman Melawati, Gombak dan Vista Damansara Damai.

"Setiap bazar menerima 2,000 kupon untuk diagihkan kepada pengunjung yang boleh menebusnya melalui pembelian makanan di bazar-bazar terlibat.

"Selain itu, semua peniaga turut didaftar di bawah PLATS sebagai mempelbagaikan saluran perniagaan masing-masing," katanya ketika program agihan kupon itu di Subang Jaya pada Ahad.

Sementara itu Amirudin ketika mengulas lanjur program itu berkata, melalui program PLATS juga kerajaan negeri menggalakkan penjaja Selangor beralih ke platform digitalisasi.

Platform bantu peniaga di Selangor
Kerajaan negeri turut melaksanakan beberapa kempen lain termasuk larangan penggunaan polistirena dan straw plastik, Kempen Sayangi Bumi Kita (bebas plastik, pelanggan bawa bekas sendiri ke bazar) serta kitar semula minyak terpakai.

"Ia merupakan inisiatif hijau bazar Ramadan oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan telah diperluaskan dengan kerjasama syarikat What A Waste yang mana lebihan makanan akan disedekahkan kepada keluarga berpendapatan rendah, komuniti serta rumah kebajikan sekitar Subang Jaya," jelasnya.

Post a Comment

0 Comments