KEMENTERIAN Sumber Manusia tidak akan berkompromi terhadap apa juga bentuk kezaliman dilakukan terhadap pekerja di negara ini.
Menterinya,
V. Sivakumar dalam satu kenyataan di Twitter berkata telah mengarahkan
siasatan dilakukan terhadap dakwaan tular baru-baru ini bahawa seorang
penghantar makanan dizalimi sebuah syarikat perkhidmatan penghantaran
makanan.
Malah jelasnya, beliau telah mengarahkan pegawai
kementerian menghubungi syarikat terbabit bagi membolehkan siasatan
dibuat secepat mungkin.
"Saya ambil maklum dan telah
mengarahkan pegawai saya... untuk menyiasat dan selesaikan isu ini
dengan segera,” katanya pada Selasa.
Pada Isnin seorang
penghantar makanan mendakwa gaji yang sepatutnya diterima berjumlah
RM800 pada minggu itu. Bagaimanapun dia mendakwa hanya menerima bayaran
berjumlah RM500.
Menteri arah siasatan dijalankan segera
Muhd Saifuddin Mustafa, 28 melalui video di
aplikasi TikTok mendakwa perkara itu berpunca akibat tindakan
membatalkan pesanan selain menyatakan ID akaun juga telah digantung
syarikat selama beberapa hari menyebabkan dia tidak dapat bekerja.
Video yang dimuat naik menggunakan akaun @saifulxander_ itu juga setakat ini telah mendapat lebih 900,000 tontonan.


0 Comments