KERAJAAN digesa meneliti segera isu dihadapi penduduk Pensiangan, Sabah yang ketika ini sukar mendapatkan perkhidmatan kesihatan di kawasan mereka.
Ketua Cabang KEADILAN Pensiangan, Raymond Ahuar dalam satu kenyataan berkata, beliau sendiri telah menyampaikan luahan hati penduduk kepada Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa supaya kemudahan kesihatan kawasan diperkasa.
Antara yang dibangkitkannya dalam Majlis Tertitup anjuran KEADILAN Sabah pada 8 April lalu, beliau telah membangkitkan beberapa isu yang memerlukan perhatian segera.
Antaranya bagi meminta supaya Klinik Kesihatan Daerah Nabawan dinaik taraf ke Hospital Daerah Nabawan.
"Ini adalah bersesuaian dengan status Daerah Penuh Nabawan," jelasnya.
Raymond turut membangkitkan isu ketiadaan Doktor Pakar, Pegawai Perubatan dan kemudahan asas akibat kemudahan sedia ada hanya berstatus klinik Kesihatan.
Kesannya, ada pesakit yang terpaksa dirujuk ke Hospital Daerah
Keningau atau Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu yang jaraknya lebih jauh untuk menerima rawatan atau rawatan susulan (Review).
![]() |
Penduduk mahu kemudahan kesihatan lebih baik |
Sementara itu beliau turut menggesa supaya KKM membina semula Klinik Kesihatan Mansiat, Sook yang terbakar pada 14/6/2022 dan pembinaan baru Klinik Kesihatan Batu Punggal.
Dengan pembinaan semula kemudahan itu jelasnya akan dapat meringankan beban kos perbelanjaan pesakit yang sebelum ini terpaksa mendapatkan rawatan di Hospitak Daerah Keningau yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Sook.
"Rakyat Pensiangan mengharapkan Kerajaan Madani dibawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat mempertimbangkan perkara-perkara berbangkit untuk kemudahan dan keselesaan rakyat di kawasan ini," tambahnya lagi dalam kenyataan tersebut.
0 Comments