MB Kedah digesa usah terlalu 'berdrama'

SEORANG  Ahli Parlimen KEADILAN mengingatkan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor supaya tidak berlebihan berdrama.

Gesaan itu dibuat Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin susulan dakwaan Sanusi baru-baru ini ada usaha terancang untuk menyingkirnya sebagai Menteri Besar yang mewakili Kedah dalam Majlis Kewangan Negara.

Melalui ciapan di Twitternya, Tze Tzin berkata, perlembagaan yang dinyatakan berkaitan Majlis Kewangan Negara jelas tertera di bawah Perkara 108 Perlembagaan Persekutuan yang antara lain menggariskan salah satu isi dalam perlembagaan tersebut di mana ahli Majlis Kewangan Negara itu turut terdiri daripada seorang wakil dari setiap negeri yang dilantik oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri.
 
“Perlembagaan sangat jelas mengenai pelantikan ahli Majlis Kewangan Negara.

“Muhammad Sanusi jangan drama, nanti nampak kurang cerdik,” katanya pada Isnin.

Sanusi sering buat kenyataan kontroversi
Sanusi semasa membuat dakwaan itu baru-baru ini enggan mendedahkan pihak didakwa mengetuai gerakan itu, beliau berkata, ada usaha menamakan Setiausaha Kerajaan Kedah, Datuk Norizan Khazali sebagai penggantinya dalam Majlis Kewangan Negara.
 
Dia yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu sebelumnya pernah membuat dakwaan dilarang daripada menghadiri sebarang majlis dan program kerajaan persekutuan.

Walau bagaimanapun dakwaanya itu tidak pernah dibuktikan, malah Timbalan Perdana Menteri dalam satu laporan media menegaskan tiada larangan dikenakan kepada Sanusi sebagai Menteri Besar untuk menghadiri mana-mana program rasmi Kerajaan Persekutuan

Post a Comment

0 Comments