KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan 19 April ini sebagai cuti khas kepada guru dan murid bagi sambutan Aidilfitri.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, keputusan pemberian cuti itu dipersetujui KPM bagi memudahkan pihak yang terbabit untuk membuat persiapan raya.
“KPM bersetuju untuk memberikan satu cuti khas tambahan pada 19 April 2023 untuk Kumpulan A dan Kumpulan B.
“Keputusan ini adalah memudahkan urusan guru dan ibu bapa terutama yang bertugas di negeri lain yang terpaksa merentas negeri untuk pulang menyambut Aidilfitri," kata Ahli Parlimen Nibong Tebal itu pada Selasa.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) sebelum ini memohon KPM untuk memberikan cuti khas kepada guru pada 19 April.
![]() |
Mudahkan ibu bapa dan guru rancang perjalanan |
Tambah Aminuddin, pemberian cuti khas itu akan memberi lebih ruang untuk guru dan rakyat Malaysia terutama yang terpaksa merentas negeri untuk pulang beraya mengatur perjalanan mereka.
"Hal ini akan mengurangkan kesesakan jalan raya dan memberikan lebih keselesaan kepada semua pihak," katanya.
0 Comments