PERDANA MENTERI mengumumkan peruntukan tambahan RM35 juta untuk program memperkasakan komuniti projek perumahan rakyat (PPR) di Selangor dan Kuala Lumpur.
Pengumuman itu dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Majlis Pelancaran Program Kita Untuk Kita di PPR Kampung Baru Hicom di sini pada Sabtu.
Menurutnya, peruntukan itu dijangka memberi manfaat kepada 50,000 penduduk PPR menerusi program Kita Untuk Kita (K2K), khususnya melibatkan kira-kira 12 perumahan yang dikenal pasti bermasalah dan tenat.
"Menyedari pentingnya usaha ini dilipatgandakan di lebih banyak kawasan perumahan awam, khususnya di sekitar Lembah Klang, sukacita saya umumkan peruntukan tambahan sebanyak RM35 juta.
"Program K2K juga akan melibatkan usahasama dengan kerajaan negeri Selangor.
"Insya-ALLAH, ikhtiar ini pastinya dapat memberi manfaat kepada lebih 50,000 warga PPR untuk menikmati kehidupan lebih sejahtera," katanya.
Program K2K antaranya bertujuan membina kapasiti dan memperkasa peranan komuniti untuk menggalas tanggungjawab bersama terkait hal pengurusan bangunan dan persekitaran serta pengisian di kawasan perumahan awam.
![]() |
Peruntukan bakal manfaat 50,000 penduduk |
"Saya juga bincang dengan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) supaya percepatkan proses dengan tidak ikut tender yang biasa dan (tempoh) panjang, tetapi tender terhad supaya dipercepatkan," tambah Anwar.
0 Comments