MENTERI KESIHATAN Dr Zaliha Mustafa menyampaikan penghargaan kepada semua petugas kesihatan terus memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan sekaligus menolak anjuran untuk mogok dalam kalangan doktor baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan, Dr Zaliha berkata, mogok yang dianjurkan pihak yang mempunyai kepentingan tertentu itu dilihat bersifat ancaman dan provokasi sehingga sanggup membelakangkan keselamatan dan nyawa rakyat.
"Saya ingin menekankan bahawa mogok bukanlah satu jalan penyelesaian terbaik bagi menangani setiap permasalahan yang timbul.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat menghargai komitmen dan profesionalisme tinggi ditunjukkan petugas kesihatan dalam perkhidmatan awam.
“Keutamaan pesakit melebihi kepentingan peribadi terus menjadi inspirasi setiap daripada mereka,” katanya dalam kenyataan.
Kumpulan doktor kontrak merancang untuk mengadakan mogok selama tiga hari bermula 3 hingga 5 April.
Jurucakap kumpulan dikenali sebagai Mogok Doktor Malaysia di Instagram menyasarkan seramai 10,000 hingga 12,000 petugas kesihatan akan menyertai mogok berkenaan sekaligus dibimbangi akan melumpuhkan sistem kesihatan negara.
![]() |
Kerajaan usaha tangani isu doktor kontrak |
“Kod etika profesional di kalangan pegawai perubatan dan yang lainnya perlulah dipelihara dan sentiasa menjadi pedoman ke arah memartabatkan institusi perubatan,” tambah Zaleha sambil menegaskan semua masalah dibangkitkan wajar ditangani secara lebih berhemah dan profesional menerusi platform yang betul.
0 Comments