Kajian isentif untuk peniaga Menu Rahmah dibuat lepas Aidilfitri

 

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bakal menjalankan kajian menyeluruh berhubung insentif untuk peniaga terlibat dalam pelaksanaan Menu Rahmah selepas sambutan Aidilfitri.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, tempoh empat ke enam bulan pasca pelaksanaan program itu dilihat masa tepat bagi kerajaan membuat kajian dan penambahbaikan kepada program yang dilancarkan pada Febuari itu.

“Kita akan dapatkan fakta yang meliputi lokasi dan bentuk menu yang ditawarkan peniaga, selain itu ia akan turut melibatkan proses menemu duga peniaga mengenai bentuk bantuan yang mereka perlukan,” katanya dalam satu sidang media di Alor Setar pada Sabtu.

Beliau sebelumnya hadir merasmikan Program Semarak Niaga SSM dan menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat Koporat berjumlah RM100,000 kepada 500 penerima asnaf.

Kajian akan dilaksana lepas Aidilfitri
Pada awal Febuari lalu, Timbalan Menteri KPDN Senator Fuziah Salleh berkata pihaknya mempertimbang insentif yang boleh diberikan kepada golongan peniaga bagi menggalakkan lebih ramai menyertai program Jualan Rahmah.

Antara yang dipertimbangkan adalah menambah kuota bagi menampung keperluan tambahan pekerja di sesebuah restoran yang menawarkan Menu Rahmah selain menyelesaikan isu bekalan supaya peniaga dapat mendapat bekalan pada harga borong.

Post a Comment

0 Comments