Anwar seru umat Islam banyakkan baca al-Quran


UMAT
Islam diseru untuk memperingati peristiwa Nuzul al-Quran dengan memperbanyakkan bacaan kitab suci.

Saranan itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi catatan di Facebook bersempena Nuzul al-Quran yang disambut hari ini.

Menurut Anwar, kitab suci yang diturunkan pada bulan Ramadan itu mengandungi mesej yang sarat dengan petunjuk yang meluruskan perbedaan antara yang haq dan batil.

Ia juga jelasnya sebagai satu bentuk kesyukuran atas turunnya mukjizat Allah SWT yang menjadi sumber kekuatan dan kejayaan umat kelak.

"Mudah-mudahan mukjizat agung ini akan memberikan syafaat kepada kita semua di akhirat kelak, Insya-Allah," kata Presiden KEADILAN itu.

Nuzul al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan di Gua Hira, Makkah iaitu tahun ke-41 keputeraan baginda.

Al-Quran meluruskan antara yang hak dan batil
Sementara itu dalam catatan sama Anwar turut menyorot juga peristiwa besar yang berlaku dalam bulan Ramadan antaranya  Perang Badar pada tahun kedua Hijrah dan pembukaan Kota Makkah pada tahun kelapan Hijrah.

Ia jelasnya menunjukkan siri peristiwa dalam bulan Ramadan ini penting dan strategik dalam konteks sejarah perjuangan dakwah Rasulullah SAW.

Post a Comment

0 Comments