BANTUAN KHAS RM200 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pesawah dan nelayan yang akan dibayar mulai 10 April ini.
Perkara itu dimaklumkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) menerusi kenyataan pada Jumaat.
Dalam keyataan tersebut MAFS berkata, seramai 240,000 pesawah dan 38,500 nelayan di seluruh negara akan menerima bantuan yang akan dibayar secara one-off menerusi agensi dan jabatan berkaitan.
Bayaran kepada pesawah akan disalurkan menerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).
“Manakala, nelayan laut pula disalurkan menerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan nelayan darat menerusi Jabatan Perikanan Malaysia (DOF),” kata MAFS.
Selain itu, MAFS turut menjelaskan kriteria penerima membabitkan pesawah, nelayan laut dan nelayan darat mestilah warganegara Malaysia dan pesawah yang terlibat dalam aktiviti penanaman padi pada tahun 2022 dan berdaftar dengan agensi yang dilantik oleh kerajaan.
Kriteria lain termasuk nelayan laut dan nelayan darat yang aktif menjalankan aktiviti penangkapan ikan dan berdaftar dengan agensi yang dilantik oleh kerajaan.
Perdana Menteri ketika mengumumkan bantuan tersebut berkata ia susulan keprihatinan Kerajaan Perpaduan dalam memastikan nasib golongan itu sentiasa terpelihara dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Bantuan khas RM200 diumumkan dalam inisiatif tambahan Belanjawan 2023 itu adalah tambahan kepada bantuan yang diumumkan sebelum ini.
![]() |
Tambah kecerian hari raya golongan terbabit |
Sementara itu MAFS dalam kenyataan tersebut berharap ia akan dapat membantu pesawah dan nelayan dalam membuat persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.
0 Comments