PERDANA MENTERI Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terbuka menyatakan pendirian tidak mementang cadangan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk pelantikan Ketua Pesuruhjaya diletakkan di bawah bidang kuasa Parlimen.
Jelasnya, kerajaan sedia menimbangkan syor oleh Transperancy International Malaysia (TI-M) itu, namun ia perlu melalui proses penelitian termasuk oleh Jabatan Peguam Negara.
“Sekiranya apa yang dicadangkan oleh Transparency International (TI) dan beberapa badan lain sempat diteliti Jabatan Peguam Negara, saya tiada masalah.
"Tentulah, …sebaik ada perkembangan, syor ini dikemukakan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk diteliti.
"Ini supaya keupayaan SPRM itu akan dapat dipertingkatkan dan tidak ada kekangan dan campur tangan yang dibimbangi akan menjejaskan usaha pelaksanaan membanteras rasuah yang dianggap menjadi sistemik dalam negara kita,” katanya pada Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat pada Selasa.
Terdahulu Ahli Parlimen Masjid Tanah dari Perikatan Nasional (PN) Datuk Mas Ermieyati Samsudin bertanya sama ada pelantikan baharu atau penyambungan khidmat Ketua Pesuruhanjaya SPRM akan diletakkan di bawah Parlimen.
Ia susulan khidmat Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dijangka berakhir pada Mei ini.
![]() |
PM turut jelaskan rasionak tak tukar Azam Baki |
Keputusan mengekalkan Azam yang dilantik ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin jelasnya bagi mengelak ia menimbulkan sebarang persepsi tidak baik.
0 Comments