PELAKSANAAN sistem pembayaran terbuka dalam perkhidmatan pengangkutan awam negara tidak akan merisikokan tahap keselamatan data pengguna, kata Menteri Pengangkutan.
Anthony Loke Siew Fook pada Isnin menjelaskan, isu keselamatan data pengguna tidak timbul kerana sistem yang akan digunakan untuk perkhidmatan itu sudah diguna pakai dalam perkidmatan lain ketika ini.
"Sekarang ini tempat letak kenderaan pun pakai sistem pembayaran terbuka. Pergi membeli-belah, beli hidangan di restoran makanan segera pun banyak gunakan sistem yang sama.
"Jadi saya tidak lihat isu yang membimbangkan pengguna sebab sekarang pun mereka guna kad debit atau kredit dalam pelbagai bentuk pembayaran," katanya kepada pemberita selepas hadir dalam program radio di Suria FM dan 998 FM di Menara Star, Petaling Jaya, semalam.
Anthony pada 20 Mac lalu mengumumkan perkhidmatan pengangkutan awam dibawah Prasarana Malaysa Bhd akan mengguna sistem pembayaran terbuka selain perkhidmatan Touch n Go yang diguna pakai sekarang.
Melalui sistem pembayaran terbuka, pengguna kini membuat pembayaran melalui kad kredit atau debit ketika menggunakan pengangkutan awam.
Integrasi pembayaran terbuka dalam sistem pengangkutan awam negara itu dijangka akan bermula dalam tempoh beberapa bulan lagi.
"Kita memang sedang mengarahkan pelaksanaannya. Jadi kalau boleh kita laksanakan dengan cepat," ujarnya.
Anthony Loke Siew Fook pada Isnin menjelaskan, isu keselamatan data pengguna tidak timbul kerana sistem yang akan digunakan untuk perkhidmatan itu sudah diguna pakai dalam perkidmatan lain ketika ini.
"Sekarang ini tempat letak kenderaan pun pakai sistem pembayaran terbuka. Pergi membeli-belah, beli hidangan di restoran makanan segera pun banyak gunakan sistem yang sama.
"Jadi saya tidak lihat isu yang membimbangkan pengguna sebab sekarang pun mereka guna kad debit atau kredit dalam pelbagai bentuk pembayaran," katanya kepada pemberita selepas hadir dalam program radio di Suria FM dan 998 FM di Menara Star, Petaling Jaya, semalam.
Anthony pada 20 Mac lalu mengumumkan perkhidmatan pengangkutan awam dibawah Prasarana Malaysa Bhd akan mengguna sistem pembayaran terbuka selain perkhidmatan Touch n Go yang diguna pakai sekarang.
![]() | |
Menteri jamin data pengguna dilindungi dan selamat |

0 Comments