TINDAKAN Ketua ARMADA Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal yang cuba memberi gambaran kepada rakyat kononnya lawatan Perdana Menteri ke Arab Saudi sebagai gagal merupakan tindakan terdesak untuk mencalar reputasi Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Razeef Rakimin dalam satu kenyataan media berkata, tuduhan dibuat Ahmad Fayshal hanya kerana tiada perjumpaan antara Perdana menteri dan Raja Arab Saudi adalah remah dan dangkal.
Ahmad Fayshal tegasnya tidak boleh menafikan bahawa kerajaan Saudi sendiri membuat permintaan agar Perdana Menteri melanjutkan tempoh lawatan supaya perjumpaan itu dapat dilangsungkan.
Ia memandangkan berlaku perubahan keatas jadual keluarga diraja itu sepanjang Ramadan.
"Namun Perdana Menteri terpaksa menolak kerana perlu menghadiri majlis berbuka puasa dengan Yang di-Pertuan Agong pada 25 Mac, lawatan sehari ke Kemboja (27 Mac) selain ke Beijing untuk menemui dua pemimpin China, Xi Jinping dan Li Qiang pada 29 Mac," tegas Razeef.
Beliau turut membidas percubaan Ahli Parlimen Machang itu yang cuba membandingkan lawatan Anwar dengan bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang kononnya lebih berjaya.
"Adakah pada lawatan Muhyiddin ke Saudi beliau berjaya bertemu empat mata dengan Raja Salman? Seingat saya pertemuan hanya melalui atas talian.
"Ahmad Fayhsal menceritakan kejayaan Muhyiddin menambah kuota Haji sebanyak 10,000. Namun adakah beliau lupa sehari selepas itu Menteri Umrah dan Haji Saudi dipecat oleh Raja Salman sehingga timbul spekulasi ia berpunca dari isu penambahan kuota Haji Malaysia yang tidak direstui Raja Salman?' soalnya.
Melalui kenyataan sama, Razeef turut mempersoalkan sejauh mana kejayaan lawatan Muhyiddin ke Saudi pada Mac 2021 lalu itu.
"Dalam lawatan ke Saudi, Perdana Menteri Anwar mengadakan pertemuan dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan badan Liga Muslim Dunia di Mekah.
"Beliau juga menyaksikan pemeteraian MoU perniagaan dan industri, melawat pelajar Malaysia, pertemuan dengan pihak Islamic Developtment Bank (IsDB) dan komuniti perniagaan di Saudi.
![]() |
Apakah lawatan Muhyiddin lebih berjaya? |
Beliau turut membidas tindakan Ahmad Fayhsal mengaitkan lawatan rasmi itu dengan isu lawatan masuk ke dalam Kaabah.
"Adalah amat cetek pemikiran seorang Ahli Parlimen meletakkan lawatan seorang Perdana Menteri hanya dikira berjaya jika dapat melawat ke dalam Kaabah.
"Jelas satu kerugian buat rakyat Machang kerana mengangkat seorang pemimpin yang mempunyai pemikiran amat cetek," tambahnya.
0 Comments