SEORANG Ahli Parlimen pembangkang dimalukan Menteri Pendidikan, selepas membuat kenyataan yang cuba meremehkannya dalam Dewan Rakyat.
Ia susulan tindakan Mohd Misbahul Munir Masduki yang meminta Fadhlina Sidek supaya cuba menjadi guru dalam tempoh seminggu, bagi memahami bebanan yang dihadapi oleh golongan itu.
Menjawab gesaan Mohd Misbahul itu, Fadhlina menjelaskan walaupun tidak pernah menjadi guru, beliau sendiri sebenarnya mempunyai pengalaman selama 10 tahun mengajar kursus diploma di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
“Tak baik kata saya begitu (Parit Buntar). Saya nak beritahu Parit Buntar begini.. saya memang bukan guru, tetapi saya ada pengalaman mengajar 10 tahun di kursus diploma pentadbiran kehakiman dan guaman syarie di UKM,” kata Ketua Wanita KEADILAN itu.
Fadhlina sebelumnya menggulung perbahasan Belanjawan 2023 di peringkat jawatankuasa Kementerian Pendidikan.
Sebelumnya Mohd Misbahul berkata bebanan guru di sekolah amat berat kerana perlu mengurus isu pengurusan, pembelajaran, sukan, peperiksaan, aktiviti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
![]() |
Menteri pernah mengajar syarie di UKM |
“Saya mengajar (dalam bidang) hakim syarie, pendakwa syarie dan peguam syarie. Jadi tak perlu pertikai soal saya nak berlakon nak mengajar. Jangan begitu,” tambah Fadhlina menjawab gesaan Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh itu.
0 Comments