PRN: Rakyat Selangor diyakini terus pilih HARAPAN


PENGERUSI
Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyatakan keyakinan bahawa gabungan itu akan terus menjadi pilihan rakyat untuk mentadbir negeri itu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Bercakap dalam satu sidang media pada Ahad, Naib Presiden KEADILAN itu menyatakan keyakinan itu berdasarkan pemerhatiannya terhadap sokongan ditunjukkan rakyat negeri itu yang terus memilih gabungan itu sejak 2008.
 
“Dapatan yang dibuat Dr. Ong Kian Meng (Bendahari DAP Selangor) mendapati undi bukan Melayu ke atas HARAPAN agak tinggi (pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu).

“Malah, undi orang Melayu juga tinggi untuk kita. Kalau tidak, tak kan kita menang di Parlimen Gombak dan Ampang pada November lalu,” katanya.

Amirudin sebelumnya hadir pada Konvensyen Tahun DAP Selangor 2023 di Grand Centro Ballroom, Klang.

Selangor ditadbir cemerlang sejak 2008
Walau bagaimanapun jelasnya, kerja kuat masih perlu dilakukan untuk memenangi kerusi-kerusi Parlimen di bahagian Selangor Utara susulan keputusan PRU-15 sebelum ini.

Namun peluang untuk HARAPAN menawan semula beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tewas sebelum ini seperti di Batang Kali dan Jeram terbuka luas susulan kerjasama antara Barisan Nasional dan HARAPAN di Peringkat Pusat dan Negeri.


Post a Comment

0 Comments