KERAJAAN memberi jaminan keputusan menamatkan monopoli syarikat tertentu tidak akan menyebabkan isu pengurangan tenaga kerja.
Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, jaminan itu dapat diberikan kerana keperluan tenaga kerja terutama berkait kemahiran di negara ini masih tinggi sebaliknya masalah pengangguran berlaku kerana terlalu sikap memilih kerja.
“Kita tidak mahu mana-mana pihak memonopoli mana-mana perniagaan kecuali dalam keadaan-keadaan di mana memang tak boleh elakkan monopoli itu.
“Kalau kita biarkan untuk mana-mana pihak terus memonopoli, akhirnya merugikan rakyat sebab yang monopoli itu selalunya akan mengaut keuntungan yang tinggi,” katanya.
Sivakumar memberi jaminan itu ketika ditemui pemberita pada majlis penyerahan sumbangan Iftar kepada masjid dan surau kawasan Parlimen Batu Gajah.
Sebelum ini Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan bermula 1 Sept 2024, Puspakom tidak lagi akan menjadi penyedia tunggal perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor bagi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Langkah menamatkan monopoli itu berdasarkan keputusan mesyuarat Kabinet pada 17 Mac lepas agar perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor, dibuka kepada mana-mana pihak yang berkelayakan.
![]() |
Peluang pekerjaan sektor mahir masih tinggi |
Semua kementerian telah diarahkan untuk mengkaji kewajaran pelaksanaannya supaya terdapat suatu penilaian adil terhadap isu berkenaan.
0 Comments