SELARI dengan pengumuman penubuhan pasukan khas untuk membenteras aktiviti pornografi di kalangan kanak-kanak, Kementerian Komunkasi dan Digtal (KKD) akan melakukan penelitian kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Menterinya, Ahmad Fahmi Fadzil berkata perkara itu dibincangkan bersama Kabinet yang melihat bahawa beberapa undang-undang berkaitan perlu diteliti semula dalam usaha melindungi golongan kanak-kanak serta wanita daripada aktiviti pornografi dan keganasan seksual.
“Kita akan membuat pengumuman mengenainya sebaik sahaja kita memulakan siri libat urus di pelbagai kementerian.
“Sebagai contoh, Akta Komunikasi dan Multimedia sama ada terdapat bahagian undang-undang yang perlu dipinda bagi menyelamat dan melindungi wanita serta kanak-kanak tetapi tidak akan mengekang apa sahaja komitmen kerajaan terhadap syarikat teknologi maklumat sebelum ini,” katanya Ketua Penerangan KEADILAN itu.
Fahmi berkata begitu kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pemantapan Penerangan KEADILAN Selangor di Petaling Jaya pada Ahad.
Ketika pembentangan Belanjawan 2023 pada Jumaat lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penubuhan pasukan khas itu yang akan dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11)
Agensi itu jelasnya akan bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk mencari pelaku terlibat.
![]() |
KKD akan teliti akta berkaitan |
Pengarah Program Women’s Centre of Change (WCC) Karen Lai yang menyambut baik langkah itu berkata, pengumuman Perdana Menteri itu telah menunjukkan keseriusan pentadbiran dalam menangani jenayah tersebut.
0 Comments