MENTERI Pendidikan, Fadhlina Sidek yakin Belanjawan 2023 yang dibentangkan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada Jumaat mampu menangani isu kemiskinan secara multidemensi.
Fadhlina ketika menyentuh peruntukkan yang diberikan untuk memperkasa bidang pendidikan berkata, belanjawan yang diumumkan berada di landasan yang tepat untuk mengatasi kemiskinan dalam pendidikan, termasuk kemiskinan nutrisi dalam kalangan pelajar, peranti bagi pembelajaran digital dan infrastruktur melibatkan sekolah daif.
“Kemiskinan multidimensi kita tidak bercakap mengenai satu saja kemiskinan pendapatan, tetapi ia merentas pelbagai kemiskinan yang memerlukan solusi multidimensi. Salah satu aspirasi saya (selaku menteri pendidikan) adalah bagaimana mengatasi kemiskinan multidimensi.” katanya.
Beliau berkata begitu dalam ucapan penutup Konvensyen Pembelajaran Digital 2023 di Universiti Malaysia Sabah minggu lalu,
Fadhlina sementara itu menyambut baik peruntukan RM1.2 bilion untuk menyegerakan pembaikan 400 klinik dan 380 sekolah daif; selain meningkatkan had sebut harga perolehan kerja pembaikan itu kepada RM1 juta berbanding RM500,000 sebelum ini
Langkah itu jelasnya akan membolehkan pelajar menuntut ilmu dalam persekitaran selesa dan kondusif.
Sementara itu menurut Ketua Wanita KEADILAN itu lagi, isu kemiskinan nutrisi di kalangan pelajar turut diambil perhatian serius pihak kerajaan.
![]() |
Belanjawan diumumkan adalah tepat, kata Fadhlina |
“Melihat anak-anak kita kekurangan nutrisi amat menyayat hati, justeru apabila kita buat belanjawan ini, salah satu kita perjuangkan adalah nutrisi untuk anak-anak kita.” katanya.
0 Comments