K'jaan sedia dedah laporan tanah runtuh kepada waris - MB


LAPORAN
penuh tragedi tanah runtuh Father’s Organic Farm (FOF) di Batang Kali, Hulu Selangor pada Disember lalu sudah disediakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan pihak Kerajaan Negeri bersedia mendedahkah laporan insiden itu kepada mangsa terlibat sekiranya menerima permohonan.

"Kalau ada permohonan, kita akan boleh keluarkan secara bertulis. Insya-ALLAH, saya juga akan bawa ke mesyuarat exco dalam masa terdekat untuk kenal pasti punca kuasanya,” kata Naib Presiden KEADILAN itu dalam satu sidang media.

Amirudin sebelumnya hadir ke Majlis Pelancaran Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di Ampang pada Ahad.
 
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, 31 nyawa termasuk 13 kanak-kanak terkorban. Seramai 61 lagi mangsa berjaya diselamatkan semasa operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

Penemuan awal Kementerian Kerja Raya menunjukkan retakan di sepanjang jalan atas cerun bukit dan pengumpulan air bawah tanah di bawah tapak perkhemahan mungkin menyebabkan tanah runtuh.

Laporan hanya akan didedah kepada waris mangsa
Pada Sabtu keluarga mangsa menggesa kerajaan agar segera mendedahkan hasil laporan siasatan insiden tersebut.

Loh Teng Shui, yang mewakili keluarga mangsa berkata mereka tidak tahu jabatan mana yang harus dirujuk dan pihak berkuasa mana untuk dihubungi.

Sehubungan itu mereka berharap kerajaan dapat menyediakan saluran betul untuk mendapatkan maklumat.


Post a Comment

0 Comments