Usaha benteras rasuah mula buahkan hasil

 


USAHA Kerajaan Perpaduan membersihkan nama negara yang tercalar kerana rasuah dan salah guna kuasa sejak beberapa tahun lalu mula menunjukkan hasil.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelabur memberikan reaksi positif kepada negara ini susulan dasar dibawakan kerajaan baharu yang bertekad memastikan ketelusan dalam pentadbiran mencetuskan minat pelabur.

"Keterbukaan Malaysia dalam membanteras rasuah dan salah guna kuasa serta langkah tegas menentangnya, menarik minat sektor perniagaan di Indonesia.

"Mereka yakin kita memudahkan mereka untuk menjalankan perniagaan di Malaysia," katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia di Jakarta semalam.

Mengulas lanjut, Anwar berkata pada sesi pertemuan dalam pelabur, kerajaan menyatakan secara jelas dengan janji memudahkan urusan, termasuk kelulusan segera di semua bahagian.

"Mereka juga diberikan jaminan yang jelas oleh menteri-menteri kita, keadaan akan berubah.

Pelabur mula tunjuk minat kepada Malaysia
"Isu ketelusan dan tiada lagi komisen dibangkitkan. Mereka yakin perubahan berlaku dalam landskap politik baharu negara," katanya.

Anwar sementara itu mendedahkan, Pengasas dan Pengerusi CT Corp, Chairil Tanjung juga telah menyatakan minat untuk menerokai peluang pelaburan di Malaysia.
 
CT Corp salah satu konglomerat utama Indonesia yang merangkumi beberapa media.

Post a Comment

0 Comments