CAMPUR TANGAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kemelut politik di Sabah mampu menstabilkan semula situasi di negeri itu, kata seorang penganalisis politik.
Dr Syahruddin Awang Ahmad, penganalisis Geopolitik Borneo Universiti Malaysia Sabah (GeoPES UMS) dipetik laporan Astro AWANI berkata, pengaruh Perdana Menteri dapat meleraikan krisis di negeri itu dengan baik secara prinsip mahupun teknikal perundangan.
Apa lagi jelasnya, kemelut itu berlaku apabila tiga komposisi parti politik mempunyai pandangan berbeza mengenai kedudukan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah berada dalam Kerajaan Perpaduan yang diketuai Anwar.
"Kalau kita perhatikan ketiga-tiga komposisi yang menuntut satu sama lain ini sebenarnya berada di bawah Kerajaan Perpaduan.
"Saya yakin Perdana Menteri ada perancangan tertentu yang jitu untuk memastikan pihak-pihak yang bertelagah sekarang ini mendapat apa sepatutnya mereka dapat secara menang-menang.
"Dengan campur tangan Anwar, situasi agak kusut sejak empat hari ini dapat dileraikan dengan cara betul," jelasnya.
Kemelut tercetus apabila Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin membawa BN dan UMNO menarik balik sokongan kepada kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor.
Serentak itu, Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah menggesa Hajiji meletak jawatan. Desakan sama turut disuarakan Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Mereka mendakwa Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dianggap sudah hilang kelayakan disebabkan tidak berparti selepas keluar BERSATU.
Anwar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) baru-baru ini menegaskan Keadaan politik Sabah belum sampai ke tahap krisis dan keadaan masih terkawal
Sebagai usaha meredakan suhu politik di negeri itu, beliau sendiri sudah bercakap dengan Hajiji, manakala Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi pula jelasnya sudah bercakap dengan Bung Mokhtar.
Menurut Anwar lagi, sekembali dari lawatan rasmi ke Jakarta, beliau akan memberi perhatian khusus kepada perkembangan di Sabah.
"InshaAllah kita dapat pastikan keadaan pengurusan Kerajaan Negeri tidak terjejas kerana keutamaan kita ialah menjana pertumbuhan ekonomi dan menjaga kepentingaan rakyat," kata Anwar ketika ditemui pemberita pada Sabtu.

Syahruddin yakin PM boleh selesai isu di Sabah |

0 Comments