PM anjur pemikiran kiritis jadi budaya dalam pendidikan


PEMIKIRAN kritis harus dijadikan tradisi yang diterapkan dalam masyarakat bagi menangani sikap fanatik terhadap kepercayaan agama, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saranan itu dinyatakan Anwar ketika menyampaikan syarahan umum bertajuk “Hubungan Strategik Malaysia-Indonesia: Cabaran dan Harapan” pada Forum Kepimpinan CTCORP di Jakarta semalam.

Mengakui ada membincangkan isu-isu serantau antaranya berkaitan ekstremisme, fanatik dan keganasan dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo, Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menegaskan isu-isu mengancam itu boleh ditangani melalui penerapan cara pemikiran kritis melalui sistem pendidikan.

"Umat Islam sejak awal dilatih berfikir secara kritis untuk memperhalusi setiap perkara bersandarkan ilmu dan tidak menerima secara semberono.

“Mana mungkin belajar Islam tanpa pemikiran kritis. Mahu terima hadis pun kita kena pastikan sahih. Maknanya, Islam itu semua dilatih awal untuk pastikan.

“Tanpa pemikiran kritis itulah, dia jadi umpamanya wala’... patuh saja, semua orang boleh jadi pakar, semua boleh jadi sheikh dan kemudian tidak ada usaha untuk menilai secara kritikal. Itu bukan tradisi Islam,” kata Anwar.

Mengulas lanjut mengenai budaya pemikiran kritis yang mahu dibudayakan itu, Anwar menjelaskan bahawa beliau sudah mengingatkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bahawa masa depan negara terletak pada kemampuan menimba ilmu tanpa mengabaikan aspek kemanusiaan, ihsan dan keadilan sosial.
 
Kecenderungan sistem pendidikan yang terlalu menumpukan pengkhususan semata-mata sehingga mengabaikan nilai kemanusiaan itu tegasnya tidak akan memberi hasil yang diharapkan.

"Kita kena ingat apa erti hidup tanpa kemanusiaan dan rahmah atau hidup tanpa nilai dan akhlak.

Cara berfikir kritis mesti dibudayakan
"Oleh itu pendidikan tidak boleh dikesampingkan dari prinsip-prinsip ini

"Walaupun pengkhususan tertentu terutama ekonomi dan teknologi digital.. teknologi A.i (Kecerdasan buatan) itu penting yang mesti dan wajib diterokai supaya generasi tidak akan ketinggalan, pendidikan tidak boleh dikesampingkan dari prinsip-prinsip kemanusiaan," tegasnya.


Post a Comment

0 Comments