Anwar mahu dikenali sebagai sosok Melayu yang bela rakyat


USAHA
menangani rasuah perlu menjadi agenda utama seseorang pemimpin negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Bercakap dalam sesi soal jawab pada forum kepemimpinan anjuran konglomerat utama Indonesia CT Corp di Jakarta semalam, Anwar mengulangi pendirian membersihkan Malaysia dari masalah rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang telah menjalar sejak sekian lama.

Usaha itu menurut Anwar adalah satu langkah penting bagi menunjuk teladan yang baik dari seorang pemimpin kepada penjawat awam dan rakyat.

"Rasuah itu seperti juga di Malaysia, itu sistemik daripada atas sampai ke bawah. Tidak mungkin kita dapat bertahan tanpa menerima atau bertolak ansur dengan rasuah.

"Itu cabaran terbesar kita. Saya tidak fikir kita boleh mentadbir tanpa akauntabiliti,"jelasnya.

Anwar ajak pemimpin tunjuk teladan baik
Sementara itu, Anwar ketika  menjawab soalan dilontarkan CEO CT Corp, Chairul Tanjung mengenai hala tuju Malaysia dibawah pentadbirannya menjelaskan beliau bukan mahu menangani isu rasuah semata-mata.

Lebih besar dari itu, beliau mahu menjadi sosok Melayu, Islam, yang ikhlas membela nasib rakyat.

"Saya mahu negara Malaysia yang demokratik dan adil, saya mahu orang kenal usaha Anwar untuk Malaysia itu," ujar Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu.

Post a Comment

0 Comments