Dari Jakarta, Anwar tiba di Sabah untuk selesai kebuntuan politik


PERDANA MENTERI
, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Kota Kinabalu malam tadi bagi mencari penyelesaiaan kebuntuan politik di negeri Sabah.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu yang baru selesai lawatan rasmi pertama ke Indonesia tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA)  pada kira-kira jam 9.40 malam  melalui penerbangan terus dari Jakarta.

Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

ADUN dan pemimpin HARAPAN Sabah termasuk ketua negerinya Datuk Christina Liew dan menteri persekutuan Datuk Ewon Benedick turut hadir menyambut ketibaan Anwar.

Kebuntuan politik di Sabah mula tercetus apabila beberapa ahli DUN Sabah daripada UMNO menarik balik sokongan kepada Hajiji.

UMNO Sabah dan Warisan didakwa sedang berusaha untuk membentuk kerajaan negeri baharu selepas menggulingkan Hajiji.

Hajiji kemudian mendakwa beliau masih mempunyai sokongan majoriti yang membolehkan beliau kekal memegang jawatan Ketua Menteri.

Sementara itu Anwar setibanya di Kota Kinabalu terus ke Magellan Sutera Harbour Resort pada jam 10.10 malam untuk bertemu Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan pemimpin dari parti Warisan.

Pemimpin Sabah sudah diberikan nasihat
Dipetik laporan portal FMT malam tadi, Anwar selepas pertemuan itu  berkata kepada media bahawa 'situasi kini sedikit baik'

Beliau dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jelasnya sedang mencari "formula yang baik untuk Sabah, yang kemudian perlu diputuskan oleh pemimpin Sabah sendiri".

Post a Comment

0 Comments