MAHKAMAH Persekutuan Putrajaya hari ini, menolak permohonan seorang peguam untuk mengembalikan saman mencabar pengampunan diraja diberi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2018.
Keputusan untuk menolak permohonan oleh peguam Mohd Khairul Azam itu dibuat secara sebulat suara oleh panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang hari ini.
Anggota panel hakim lain yang bersidang sanma adalah hakim Datuk P Nallini dan hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat.
Terdahulu. Khairul Azam memohon kebenaran merayu berikutan keputusan Mahkamah Rayuan pada 2020 yang membenarkan rayuan Anwar untuk membatalkan saman difailkannya terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan itu.
Melalui saman yang difailkan pada tahun yang sama, Khairul Azam mendakwa, pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong kepada Anwar bercanggah Perkara 42(4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan.
Dia memberi alasan kuasa pengampunan hendaklah dilaksanakan atas nasihat Lembaga Pengampunan.
Ketika itu, katanya, Lembaga Pengampunan belum dibentuk dengan sempurna berikutan negara baru selesai menjalankan PRU-14 pada 9 Mei 2018 dan dalam proses membentuk kerajaan baharu.
Anwar dan Lembaga Pengampunan kemudian membuat permohonan membatalkan saman oleh Khairul Azam namun ditolak Mahkamah Tinggi.
Bagaimanapun kemudian Mahkamah Rayuan kemudian membenarkan rayuan Anwar dengan memutuskan keputusan itu dibuat berdasarkan pelaksanaan hak pengampunan diraja yang tidak dapat diubah atau disahkan oleh mahkamah
Sementara itu dalam penghakiman lisan ringkas yang disampaikan Tengku Maimun hari ini menegaskan Mahkamah Rayuan telah membuat penemuan fakta bahawa Lembaga Pengampunan telah ditubuhkan dengan betul pada Mei, 2018.
Katanya, isu kuasa pengampunanYang di-Pertuan Agong adalah sesuatu yang tidak boleh dicabar di mahkamah yang telah diselesaikan.
“Kami dapati perkara itu telah menjadi akademik. (Permohonan untuk kebenaran merayu) ditolak tanpa perintah kos,” kata Tengku Maimun semasa prosiding dalam talian.

Kuasa Agong tidak boleh dicabar bila sudah selesai |

0 Comments