KERJASAMA erat antara kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri akan terus diperkukuh demi kelangsungan serta kesejahteraan rakyat negeri itu.
Jaminan itu dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui catatan di laman Facebooknya susulan kunjungan hormat oleh pemimpin dari negeri Pahang dan Perak semalam.
Pada sebelah pagi, Anwar menerima kunjungan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan delegasi kerajaan negeri.
Pertemuan itu jelas Anwar banyak menyentuh perihal aspek pembangunan serta kemajuan dan kemakmuran negeri Pahang.
"Insya-Allah, kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dan negeri Pahang akan terus dipererat demi kelangsungan dan kesejahteraan rakyat Pahang khususnya," katanya.
Ahli Parlimen Tambun itu turut menerima kunjungan hormat delegasi negeri Perak yang diketuai Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad dan delegasi Kerajaan Negeri Perak.
Kerjasama kukuh antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri Perak jelas Anwar akan terus dipererat terutamanya dalam aspek pembangunan dan kesejahteraan rakyat negeri Perak.
PM terima kunjungan hormat Pahang dan Perak |
Walau bagaimanapun Perdana Menteri dalam lawatan rasmi kerja ke Kelantan pada 21 Disember lalu menegaskan kerajaan pimpinannya akan menjunjung semangat federalisme dan tidak akan meminggirkan negeri yang ditadbir oleh pembangkang.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu menegaskan bahawa tugas beliau ialah mentadbir dan mengurus negara dengan sebaik mungkin tanpa mengira negeri terlibat.
0 Comments