PMA diperketat, tiada keperluan sekat pelancong asing


DI SEBALIK kebimbangan umum terhadap penularan COVID-19, Kabinet yang bermesyuarat hari ini memutuskan tiada sebarang larangan atau sekatan dikenakan terhadap pelancong China ke negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu untuk tidak mendiskriminasi mana-mana pelawat asing yang datang ke negara ini.

Bagaimanapun, menurut Anwar, kerajaan akan memperketat kawalan sedia ada terhadap penlancong asing di pusat Imigresen khususnya daripada negara yang berisiko tinggi berlaku jangkitan wabak.

“Kabinet tanpa ragu memutuskan bahawa aspek kesihatan adalah hal yang utama. Soal pelancongan dan ekonomi tidak boleh mengatasi kepentingan mengawal dan merawat rakyat dari segi wabak dan jangkitan. Tiada tolak ansur.

“Namun, ini tidak bermakna kerajaan harus memberi kelonggaran kepada mana-mana negara termasuk China, kita harus pantau seperti mana mengikut keperluan dan kepentingan.

“Oleh itu, kerajaan akan mengambil tindakan untuk menyelamatkan rakyat kita, sesiapa sahaja yang masuk (ke Malaysia) harus dipantau dan dikenakan syarat yang sama,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya.

Sebelum ini ada desakan supaya pelancong asing dari China dihalang atau disekat masuk sementara ke negara ini susulan peningkatan kes di negara itu.

Menteri Kesihatan, Zaliha Mustafa semalam memaklumkan bahawa sebarang keputusan akan dibuat hanya melalui mesyuarat kabinet dengan melibatkan kementerian terbabit.

Setakat ini jelasnya beberapa langkah pemantauan di Pintu Utama Antarabangsa (PMA) telah diketatkan dengan pelancong perlu melalui saringan demam.

Belum ada keperluan tutup pintu sempadan
Langkah survelan di PMA juga diperketatkan dengan pengambilan sampel air kumbahan pesawat dari China.

Zaliha turut memaklumkan melalui tinjauan di PMA utama setakat ini beliu berpuas hati dengan langkah yang dilaksanakan berkaitan pencegahan COVID-19.

Post a Comment

0 Comments